|
|
|
 |
Choose your Book
Malay Books Novel Fajar Pakeer |
| |

|
Dear First Love ~
by author SUHAIAH SELAMAT,
,
Kata orang cinta monyet sekadar angan-angan budak sekolah! Tapi, cinta dia pada Alex Kim bukan sekadar angan-angan. Ia satu realiti yang suatu hari nanti akan dibuktikan melalui perbuatan.
Itulah yang terjadi pada Myria Ayunina. Dia gemar membaca buku di perpustakaan sehingga mendapat jolokan ‘kutu buku’. Namun, pertemuan yang tidak dijangka telah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama pada Alex Kim.
Aku tak perasan nama samaran yang kau gunakan selama ni. Bagi aku tak penting mana pun. Bodohkan aku? - ALEX KIM
"Selamat tinggal. Semoga suatu hari nanti kita dapat bertemu semula dalam keadaan yang berbeza." - MYRIA AYUNINA
Kematian ayah Myria telah mengungkap sebuah rahsia yang tersimpan rapi daripada pengetahuan gadis itu. Ternyata dia dan Alex Kim dari dua dunia yang berbeza. Dunia hitam yang sentiasa dikotori dengan darah manusia. Dunia kelam yang menyebabkan permusuhan sehingga nyawa jadi mainan.
“Kau bunuh perempuan aku! Then kau nak bunuh kawan aku pula?! Aku tak akan benarkan!” ALEX KIM
“Perempuan kau? Perempuan tu nama dia Myria, kan? Macam mana kalau aku beritahu kau yang perempuan tu masih hidup?”- CHIEF
Kerana rahsia itu juga, nyawa Myria diancam bahaya. Kerana rahsia itu juga, Alex Kim dan Myria terpisah.
Apakah rahsia yang dimaksudkan?
Sehingga identiti diri ditukar, kehidupan harian berubah rentak. Yang baik jadi api dalam sekam, yang jahat kekal berdendam.
Bagaimanakah kesudahannya jika salah seorang memilih untuk mengalah?
Masih mampukah genggaman tangan menyatu andai rapuh terikat erat?
Sebaik sahaja kita mula memikirkan tentang permulaan, ia sudah sampai ke penamat kerana cinta bukan sahaja untuk dimiliki, tapi juga untuk dikorbankan.
|
Status : In Stock
Retail Price : RM27.00
Now Offer : RM27.00
ISBN:
9789838221160
Category:
Fajar Pakeer
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2026
Publisher :
FAJAR PAKEER
Pages:
Dimensions (mm):
115 x 184 x 29
Weight:
0.48
|
|
|
 |
| You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1 | | | |