
|
Mahkota Al-Qadr ~
by author MAIRINA_Z,
,
"Takdir dan dosa berjejak di langit, namun parutnya tercatat di jiwa manusia...
'Ada luka yang tak mampu disebut oleh lidah, hanya roh yang mernikulnya. Ada dosa
yang bersemadi dalam tubuh, namun rahmat Tuhan sentiasa mendahului kernurkaan-Nya
Inilah kisah tentang seorang wanita yang pernah dibunuh oleh masa silarnnya, dan seorang
lelaki yang menghidupkannya kembali dengan cinta yang berniat untuk membawanya pulang
kepada Tuhan...
R. Nama yang terpendam, identiti yang dipadam. Seorang lelaki yang kelihatan muda
tenang, dan pendiam. Tidak ramai yang tahu, di sebalik kelam matanya tersimpan sebuah
sejarah yang mengoyak hidupnya, sekeping gambar lusuh dalam dompet menjadi satu-
satunya jambatan ke masa lalu. Dia bukan siapa-siapa, dan tidak mahu dikenali siapa-siapa
Namun pertemuan takdir mempertemukannya dengan Azhari, seorang lelaki berjiwa luhur
yang menjalani kehidupan sederhana tapi penuh wibawa
Azhari seolah lelaki yang santai dan sempoi. Hanya berpakain t-shirt lusuh dan seluar
jeans koyak terkadang. Tetapi hanya mereka yang diberikan ilham sahaja bisa melihat aura
yang tidak terzahir oleh lelaki ini. Dia bukan lelaki biasa
Namun kisah ini bukan cerita cinta biasa. Dosa lama datang menggugat. Ayah Rayna
ditemukan mati dalam keadaan hina dan Rayna, sekali lagi, diheret oleh trauma dan masa
Jampau yang memusnahkan jivwanya. Tapi dia tidak membalas. Tidak juga menyesal. Kerana
hatinya sudah mula berdetak dengan nama Tuhan.
Pengakhiran kisah mereka bukan bahagia yang konvensional. Penyakit lama Rayna
kembali, dan kali ini, dia tidak selamat. Dia pergi... dengan wajah tenang, kerana dia tahu
Azhari akan meneruskan perjuangan
|
Status : In Stock
Retail Price : RM37.00
Now Offer : RM37.00
ISBN:
9786299622680
Category:
ORA
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2026
Publisher :
ORA
Pages:
Dimensions (mm):
126 x 201 x 22
Weight:
0.30
|