|
|
|
 |
Choose your Book
Malay Books Agama Motivasi |
| |

|
Nasihat Buat Jiwa Yang Ingin Dekat Dengan Allah <>
by author HABIB ALI ZAENAL ABIDIN,
,
Apalah erti putus asa ketika Tuhan tidak pernah menuntut hamba-Nya untuk menjadi sempurna?
Mendekatlah kepada-Nya walaupun hanya selangkah. Bukankah pintu Tuhan itu sentiasa terbuka? Ketika Tuhan telah berjanji: “...Aku bersama hamba-Ku apabila dia mengingati-Ku...”, dan Dia meneruskan lagi janji-Nya: “...Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku akan mendekat kepadanya sehasta.”
Tidakkah ini menjadi bukti yang jelas lagi nyata bahawa Tuhan sangat berkomitmen terhadap kepulangan hamba-hamba-Nya?
Sesungguhnya, rahmat Allah itu sentiasa mengatasi kemurkaan-Nya. Nabi s.a.w. pernah bersabda *bahawasanya* Allah mempunyai 100 rahmat. Dia menurunkan hanya satu rahmat ke bumi untuk dibahagikan kepada seluruh jin, manusia, binatang, dan serangga. Dengan satu rahmat itulah seluruh makhluk saling berkasih sayang, malah dengannya jugalah binatang buas menyayangi anaknya, sehinggakan seekor kuda sanggup mengangkat kakinya kerana bimbang terpijak anaknya sendiri. Bayangkan, Allah masih menyimpan 99 lagi rahmat untuk dikurniakan kepada hamba-Nya di akhirat kelak.
Maka, seluas mana lagi kasih sayang Tuhan yang kita perlukan untuk mula melangkah?
Nasihat Buat Jiwa yang Ingin Dekat dengan Allah adalah sebuah karya kompilasi syarahan daripada Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, yang bersumberkan kitab agung Riyadus Solihin karya Imam an-Nawawi.
|
Status : In Stock
Retail Price : RM38.00
Now Offer : RM38.00
ISBN:
9786294932326
Category:
Motivasi
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2026
Publisher :
PTS
Pages:
352
Dimensions (mm):
148 x 210 x 25
Weight:
0.47
|
|
|
 |
| You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1 | | | |