
|
Mewarna Kanvas Putih: Tip Pendidikan Anak-Anak <>
by author DR. MASZLEE MALIK,
,
Setiap anak ibarat kanvas putih, dan ibu bapalah pelukisnya. Sebagai ibu bapa, apakah warna yang akan anda lakarkan pada kanvas tersebut?
Buku Mewarna Kanvas Putih merupakan panduan menyeluruh yang ditulis khusus buat ibu bapa dan penjaga generasi baharu, mereka yang ingin membina kemahiran pendidikan anak-anak secara holistik merangkumi aspek jati diri, sahsiah, emosi, spiritual dan kemanusiaan.
Ditulis dengan gaya santai tetapi penuh hikmah oleh Dr. Maszlee Malik, buku ini menggabungkan pengalaman, ilmu, dan pendekatan praktikal untuk mendidik anak-anak di era digital yang mencabar. Ia bukan hanya buku panduan, tetapi teman perjalanan untuk setiap ibu bapa yang ingin:
• Membentuk anak-anak berakhlak, berilmu dan berdaya saing
• Menjadikan rumah sebagai sekolah pertama
• Mengurus emosi dan membina hubungan keluarga yang sihat
• Mengimbangi pendidikan akademik, moral dan kemahiran hidup
Buku ini membuka mata kita bahawa mendidik bukan sekadar mengajar, tetapi membimbing dengan kasih, kesabaran, dan pendekatan yang bijak serta hikmah. Menyeluruh, relevan dan dekat dengan hati!
|
Status : In Stock
Retail Price : RM45.00
Now Offer : RM45.00
ISBN:
9789670079271
Category:
Keluarga
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2025
Publisher :
KAWANDANET
Pages:
240
Dimensions (mm):
152 x 228 x 13
Weight:
0.43
|