LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
Biligual Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
`  
Choose your Book Malay Books Novel Fajar Pakeer
 



this with your friends
Salahkah Aku Jatuh Cinta <>
by author AEEMAMEL, ,

What if one day, you are the one who would leave me first?

Orang selalu berkata, cinta itu buta. Buta sampaikan red flag seorang lelaki pun dilihat sebagai green flag. Thea Harissa, seorang gadis yang polos dalam hal-hal hati, tanpa sedar telah terjerat dalam permainan perasaan yang penuh helah. Pertemuan pertama dengan Danial Aqasha, telah membuatkan hati Thea mencair dengan setiap kata manis yang keluar dari bibir lelaki itu.

Di sebalik pujian manis dan perhatian yang diberikan. Danial Aqasha ternyata memiliki sisi yang mengecewakan, yang membawa kepada episod patah hati seorang Thea Harissa. Danial Aqasha lebih memilih orang lain berbanding dirinya.

“I don’t want to be your second option, Dani. Let alone to be a place where you only passed by and never have a glance.” - Thea Harissa

Saat luka itu masih bernanah, hadir Kee Affandi, lelaki yang pada awalnya dia anggap menjengkelkan dengan cara bicaranya yang penuh sinis dan perasan.

“Muka ada iras-iras pelakon Thai ni you cakap macam penjual sayur? You really have a bad sight Thea. Kita pergi hospital jom, sayang? Check mata.” - Kee Affandi

Kehadiran Kee Affandi, dengan tutur katanya yang kadang menyakitkan hati meruntuhkan tembok hati Thea yang terluka. Ketika Thea hampir memberi hati lagi, takdir ternyata masih mahu menguji. Kee Affandi, lelaki yang disangka berbeza, ternyata sama seperti yang pernah melukai hatinya.

“Sumpah you lelaki loser. I hope kifarah gets you.” - Thea Harissa

Buat kali kedua, Thea Harissa menjadi pilihan yang terakhir. Cinta yang diharapkan, ternyata tidak dianggap wujud.

Jadi, salahkah dia kerana terjatuh cinta?

Masih wujudkah cinta sebenar untuknya, atau dia hanya seorang pengembara yang tersesat mencari sesuatu yang tak pernah ada?

“Cinta itu tidak semestinya memiliki. Adakalanya perpisahan adalah jalan terbaik dan itu harus direlakan.”

Status : In Stock
Retail Price : RM27.00
Now Offer : RM27.00

ISBN:
9789838223126
Category:
Fajar Pakeer
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2025
Publisher :
FAJAR PAKEER
Pages:

Dimensions (mm):
115 x 184 x 23
Weight:
0.39

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1