LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
Biligual Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Novel Seram
 



this with your friends
Kala Senja Dia Datang <>
by author A.DARWISY, ZAIFU ZAMAN AHMAD, SAIDEE NOR AZAM

Kala Senja Dia Datang ~ “Anak mak cik, tiba-tiba ghaib! Tolong mak cik, nak!”
Setiap kali matahari terbenam, Azman akan dihantui dengan kisah silam yang meragut kebahagiaan penduduk kampungnya. Bau hamis yang dibawa angin senja memporak-perandakan penduduk kampung. Anak-anak yang tak berdosa menjadi habuan dan hilang begitu sahaja. Dan sekarang, nyawa anak-anak Azman pula menjadi taruhan.


Marina ~ “Barang milik orang jangan kita ganggu!”
Marina merupakan seorang gadis yang menuntut di sebuah kolej di ibu kota. Dia seorang yang bersifat naif dan kekampungan. Malah di kolej pun, dia tidak mempunyai ramai teman kecuali kawan sebilik bernama Ashikin. Suatu hari, Marina dan Ashikin telah terjumpa seutas gelang kaki yang tersangkut pada sebatang pokok yang rendang di sebuah fakulti. Bermulalah satu episod seram yang menghantui Marina kerana memakai gelang kaki itu. Rakan baiknya, Ashikin juga mula menjauhkan diri.


Penumpang Malam ~ “Wajahnya tidak kelihatan tapi bau-bauan sering menguasai teksinya!”
Majid kesempitan wang dan terpaksa mencari kerja part-time. Kawannya, Munir telah menawarkan Majid membawa teksi milik bapa saudaranya, Joned. Bapa saudaranya tidak boleh bawa teksi kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Tanpa disedari, Majid telah diganggu oleh seorang wanita muda yang bibirnya terkoyak dan bau-bauan yang wangi dalam teksinya. Ada ketikanya, teksinya dipenuhi dengan daun asam muda, entah dari mana datangnya. Majid juga sering mendapat mimpi-mimpi ngeri ketika dia tertidur di dalam teksi itu.

Status : In Stock
Retail Price : RM37.00
Now Offer : RM37.00

ISBN:
9789670535852
Category:
Seram
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2025
Publisher :
BUKU PRIMA
Pages:
720
Dimensions (mm):
115 x 185 x 55
Weight:
0.65

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1