LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Umum Biografi
 



this with your friends
Fiqh Siasah Abdul Hadi Awang Dalam Sosiopolitik Malaysia & Antarabangsa <>
by author LATIFAH ABDUL MAJID, ZULIZA MOHD KUSRIN, MAZLAN IBRAHIM

Wacana politik atau siasah pada zaman moden ini memerlukan kepada strategi dan pendekatan mengikut kesesuaian semasa. Buku ini membahaskan aplikasi fiqh siasah oleh Abdul Hadi Awang bagi mendepani pelbagai cabaran tersebut. Abdul Hadi merupakan pemimpin parti politik dan gerakan Islam terbesar di Malaysia, juga tokoh ulama dan sarjana Islam yang berpengalaman luas dalam gerakan politik tempatan dan antarabangsa. Sebagai pemimpin parti Islam beliau sentiasa memastikan setiap gerak langkah yang diambil adalah seiring dengan panduan al-Quran dan al-Sunnah, ijtihad para Sahabat RA, ijmak dan juga qias. Di samping itu, beliau juga merujuk sumber hukum yang lain bagi memastikan segala tindakan yang dilakukannya relevan dengan fiqh semasa dan tidak terkeluar daripada ruang lingkup siasah syariyyah.

Beliau menterjemahkan pengalaman silam untuk dipadankan dengan suasana semasa tanpa kompromi dalam isu prinsip dan dasar. Hal ini dilakukan sebagai penyelesaian terhadap politik kontemporari demi membawa keluar negara dan rakyat dari kemelut dan konflik yang dihadapi. Oleh itu, bagi menghadapi senario sosiopolitik dab masyarakat yang berubah, Abdul Hadi telah melaksanakan pendekatannya berdasarkan kepada Fiqh Muwazanah (pertimbangan), Fiqh Waqie' (realiti setempat), Fiqh Aulawiyyat (keutamaan), dan Fiqh Ma'alat (implikasi hukum). Pendekatan tersebut telah digabungjalinkan sehingga membentuk beberapa inovasi baru dalam kaedah dan strategi berpolitik seperti konsep tahaluf siyasi dan budaya politik matang bagi memastikan politik Islam tetap signifikan dan diterima oleh setiap lapisan masyarakat. Reformasi ini bertujuan sebagai kaedah penyelesaian kepada konflik umat di samping merealisasikan keadilan, kestabilan dan kemakmuran negara demi mendapat keredaan Allah SWT sebagimana yang dinyatakan oleh al-Quran sebagai Baldatun Tayibbatun Wa Rabbun Ghaffur.

Status : In Stock
Retail Price : RM45.00
Now Offer : RM45.00

ISBN:
9789672739234
Category:
Biografi
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2023
Publisher :
PUSTAKA PERMATA UMMAH
Pages:
277
Dimensions (mm):
153 x 228 x 16
Weight:
0.50

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1