LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Umum Sejarah
 



this with your friends
Dracula Pembunuh Paling Kejam <>
by author SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM, ,

Dracula adalah watak yang wujud secara nyata telah telah dikaburkan menjadi fiksyen.

Bermula dari novel karya Bram Stoker yang berjudul Dracula, kisah tokoh ini mula difilemkan seperti Dracula's Daughter (1936), Son of Dracula (1943), Hoorof of Dracula (1958). Nosferatu (1922) yang diulang semula pada tahun 1979 dan filem dracula yang lain yang diolah dalam bentuk yang lebih moden. Dan yang terbaru adalah filem Dracula Untold, diterbitkan pada tahun 2014, yang nyata secara terang-terang telah memesongkan banyak fakta sejarah yang sebenar terutama yang berkaitan dengan kehebatan Islam Uthsmaniyyah dalam membebaskan Konstantinopel.
Dracula adalah seorang raja yang terkenal dalam sejarah kerana telah membunuh sekurang-kurangnya 40 ribu orang. Perbuatannya juga telah menjadi sumber ilham filem-filem seram. Dracula atau Vlad III adalah raja Wallachia antara tahun 1448 dan 1477. Beliau dilahirkan di Sighisoara, putera kedua Vlad Dracul, penguasa Wallachia sejak tahun 1436. Nama gelaran 'Vlad Dracul the Impaler' berkaitan kegemarannya ketika menghukum mati seseorang dengan cara impalement - laitu sula ditusuk dengan sebatang kayu runcing mulai dari liang dubur hingga ke ubun-ubun. Proses hukuman mati seperti Itu tergolong sebagai hukuman paling kejam dalam sejarah. Sewaktu dihukum ditusuk dengan kayu runcing atau tombak, kadang-kadang tubuh mangsa terbelah sebahagian atau seluruhnya. Vlad Dracul dipercayai seronok ketika menghukum orang-orang yang dianggap mengkhianatinya dengan cara ini. Kisah-kisah tentang kekejamannya sudah terdengar sejak beliau menjadi penguasa Wallachia. Beliau dipercayai telah membunuh lebih dari 40 ribu orang selama masa kekuasaannya.

Di sisi lain, beliau dianggap sebagai pahlawan kebangsaan sekali gus penguasa sejati kerana selalu menghukum para penjahat dari kalangan aristokrat yang tidak patriotik sehingga memperkukuhkan pemerintah pusat. Vlad dibunuh pada tahun 1477. Ramai juga yang pinak menanggapnya sebagal pembunuh berantai. Tetapi, menurut para ahli sejarah romania, bellau adala salah seoraang penguasa terhebat Romania. Alecandru Dimitrie Xenopol, salah seoraang ahli sejarah yang pertama kali membenarkan tindakan kejam oleh Vlad, berpendapat bahawa tindakan-tindakan kejamnya adalah satu-satunya cara untuk menghentikan perbalahan dalaman di antara kalangan aristokrat. Seorang ahli sejarah Romania yang bernama Constantin C. Giurescu mengatakan, 'Penyiksaan dan hukuman mati yang diperintahkan oleh Vlad bukan dari awang-awangan, tetapi selalu ada alasannya, dan seringkali alasannya demi negara. Ada banyak buku yang ditulis tentang Vlad dan amat laris di pasaran, terutama di daerah-daerah berbahasa Jerman dan Rusia. Orang ramai membeli buku-vuku itu kerana perbuatan kejam dan deskripsi yang terperinci. Bahkan, kerana kekejaman dan nama gelaran yang diberikan oleh ayahnya, Vlad IlI juga menjadi ilham penciptaan watak utama dalam novel yang berjudul Dracula (1897) karya Bram Stoker.

Status : In Stock
Retail Price : RM39.90
Now Offer : RM39.90

ISBN:
9789672278825
Category:
Sejarah
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2024
Publisher :
HR PUBLISHING
Pages:
274
Dimensions (mm):
147 x 210 x 15
Weight:
0.53

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1