|  
 
 
 | Setiap Langkahmu Ada Takdirku ** by author SYIMA SYAWAL, 
																,
 
 Cinta pertama memang sesuatu yang agung. Sentiasa dikenang dan dibajai oleh rasa manis kisah silam. Tidak mampu diusir pergi. Begitulah indah yang dilakarkan.
 Afina, seorang wanita yang sangat setia, namun sering dilukai persaannya.
 
 Kesabaran Afina semakin tergugat saat Uzza mula mengejar cinta pertamanya.
 
 "Tolong jangan buat saya jadi lebih gila. Kalau kesabaran saya dah hilang, entah kerja gila apa lagi yang bakal saya buat." - AFINA
 
 Begitu juga dengan lelaki bernama Dhul Fiqar. Dia punya segalanya. Ditaburi dengan kemewahan, terasa dunia bagaikan dia yang punya. Tapi, kenapa tiada istilah indah dalam hidupnya?
 
 "kadang-kadang aku sedih sebab aku tak berjaya menjadi khalifah yang sempurna di muka bumi ini..." - DHUL FIQAR
 
 Mereka sangka, lakaran kisah itu terhenti di situ. Rupanya setiap langkah mereka, takdirnya serupa. Pertemuan demi pertemuan, Afina cuba menghindar, namun bayangan Dhul Fiqar bagaikan mengejar.
 
 Hubungan antara mereka rupanya membuka ruang fitnah dek kerakusan manusia yang tamak dan penuh dengan pendustaan.
 
 "Awak nak apa ni? Saya tak nak jadi bahan fitnah orang lagi. Terus terang saya serik." - AFINA
 
 Di saat dia mengikat nama yang tertulis, mengapa hadir lagi lelaki yang menambahkan beban jiwanya?
 
 Di mana seharusnya langkah takdirnya berakhir? Bersama cinta pertama atau ternoktah di cinta terakhir?
 
 Bagaikan sebuah takdir yang telah tercatat dan terpalit. Tidak mampu mengusir rasa sakit, akhirnya mereka mengalah walaupun perit. Melepaskan segalanya agar tidak terhimpit lagi perasaan pahit.
 | Status : Out of Stock Retail Price :
 RM25.00Now Offer : RM25.00
 
							
							  ISBN:9789838221290
 Category:
 Fajar Pakeer
 Format:
 KULIT NIPIS
 Publication Date:
 
 Publisher :
 FAJAR PAKEER
 Pages:
 
 Dimensions (mm):
 115 x 115 x 22
 Weight:
 0.45
 |