LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Umum Novel
 



this with your friends
Misteri Raja Bersiong #
by author IBNU IBRAHIM AT-TAWARI, ,

Arman, Suzana, Yusri, Laila dan Chakrii Sampron berusaha merungkai misteri Raja Bersiong. Akibatnya mereka terperangkap oleh penjenayah Kumpulan Raja Bertiong yang memakai topeng Raja Bersiong. Raja Bersiong ialah nama gelaran bagi seorang Raja negeri Kedah yang berpusat di Lembah Bujang. Negeri Kedah pada masa itu ialah sebahagian daripada Kerajaan Sriwijaya. Nama sebenar baginda ialah Raja Ong Maha Perita Deria. Baginda merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Mahawangsa. Raja Ong Maha Perita Deria ialah seorang raja yang zalim dan ditakuti rakyat. Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negeri, akan ditangkap dan dipenjarakan atau dibunuh oleh pengawal atau panglima baginda.

Raja Ong Maha Deria atau Raja Bersiong ini amat gemar memakan masakan sayur bayam. Pada suatu hari, baginda telah pergi berburu. Tukang masak baginda seperti biasa telah ditugaskan untuk memasak sayur bayam. Tukang masak ini suka berangan-angan, tanpa disedari beliau telah terpotong jarinya sendiri. Darah dari jarinya telah termasuk ke dalam periuk sayur bayam yang akan dihidangkan kepada Raja Bersiong. Tukang masak ini telah menyembunyikan hal ini daripada pengetahuan orang lain kerana tiada masa untuk menggantikan masakan ini dengan masakan yang lain.

Apabila pulang daripada perburuan, Raja Bersiong terasa amat lapar dan terus sahaja bersantapkan nasi berlaukkan sayur bayam bercampur darah tadi. Baginda terasa kelainan pada masakan sayur bayam kali ini. Masakannya teramat enak. Baginda telah bertanya kepada tukang masak tentang hal ini. Tukang masak telah mengaku akan kesalahannya membiarkan baginda santap masakan yang telah bercampur dengan darah manusia. Baginda kemudiannya telah menitahkan pengawal memancung dan membunuh musuh-musuh baginda yang dipenjarakan. Seorang banduan akan dihukum pancung dan darahnya akan dikumpulkan dalam saty bekas dan dimasukkan ke dalam masakan sayur bayam untuk santapan Raja Bersiong.

Sejak hari itu, Raja Bersiong tidak boleh hidup tanpa menyantap darah manusia setiap hari. Habis banduan di dalam penjara yang dipancung dan diambil darahnya. Sesudah penjara baginda kosong, Raja Bersiong menitahkan para pengawal untuk menculik kanak-kanak yang tidak bersalah. Kanak-kanak ini dibunuh dan darah mereka diambil untuk disantap oleh Raja Bersiong. Penduduk negeri berasa sangat marah terhadap baginda, tetapi mereka takut untuk berbuat apa-apa.

Status : In Stock
Retail Price : RM29.90
Now Offer : RM29.90

ISBN:
9789672394150
Category:
Novel
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2021
Publisher :
KARYA PUBLIKA
Pages:
365
Dimensions (mm):
127 x 203 x 16
Weight:
0.40

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1