LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Wanita
 



this with your friends
Tafsir Wanita Dalam Al-Quran #
by author SYEIKH IMAD ZAKI AL-BARUDI, ,

Setelah kedatangan Islam, seluruh bentuk kekejaman dan penindasan ditentang dan dikecam dengan sekeras-kerasnya oleh Islam. Pandangan negatif manusia terhadap wanita menjadi pandangan positif. Sikap meremehkan kaum wanita sudah tidak diamalkan, bahkan wanita diangkat dan dihormati. Lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

Islam memberikan kebebasan namun tetap dalam batasan dan peraturan yang termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah sehingga tindakan dan arah kaum wanita tetap berada dalam garis panduan yang benar. Pada masa yang sama, Islam sangat menentang pemikiran yang menjadikan wanita hanyalah sebagai makhluk pelengkap sehingga dianggap tidak mendatangkan sebarang manfaat, kerana mereka telah dikongkong dan segala bentuk idea kreatif atau usaha yang lahir dari mereka tidak akan dipandang oleh masyarakat. Pandangan yang ekstrim sebegini sangat tidak dipersetujui dalam Islam lantaran ajaran Islam merupakan ajaran yang membawa rahmat dan memartabatkan kaum wanita.

Buku yang diberi judul Tafsir Wanita Dalam Al-Quran ini banyak menyentuh tentang hak dan kewajipan wanita dari sudut hukum, moral dan sosial. Semoga buku ini dapat menjadi panduan bagi kaum wanita bahkan kaum lelaki dalam meniti kehidupan dengan cara yang benar dan sesuai dengan aturan Al-Quran dan ajaran Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Status : In Stock
Retail Price : RM48.00
Now Offer : RM48.00

ISBN:
9789673683116
Category:
Wanita
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2021
Publisher :
AL-HIDAYAH
Pages:
766
Dimensions (mm):
178 x 252 x 35
Weight:
1.30

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1