LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Tafsir Al-Quran
 



this with your friends
Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al-Masad, Al-Nasr, Al-Kafirun, Al-Kauthar, Al-Mau'un *
by author AHMAD SAIFUDDIN YUSOF, TENGKU NURHUSNI TENGKU AB RAZAK,

Enam surah berangkai ini dihuraikan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat secara berpasangan. Surah Al-Masad bersama Surah al-Nasr, Surah al-Kafirun bersama Surah al-Kauthar dan Surah al-Ma'un bersama Surah Quraisy.

Surah-surah pendek atau dikenali dengan nama 'surah-surah lazim' yang dilazimi oleh umat islam membacanya di dalam solat, mengandungi cerita dan kisah suka dan duka Rasulullah Sollallahu 'Alayhi Wasallam berdakwah di Mekah dan di Madinah.

Berumula dengan kisah diganggu secara mental dan fizikal oleh Abu Lahab sehuingga Abu Lahab dimaki semula oleh Allah di dalam Surah al-Masad. Dikisahkan pula tentang tingkah laku orang-orang Arab Quraisy yang mempunyai wibawa dan kredibiliti di Semenanjung Arab. Disambung pula pada surah lain bagaimana penolakan orang yang ingkar kepada Allah dan kufur kepada kebenaran yang dibawa oleh baginda Rasulullah.

Cantuman kisah dan peristiwa itu berakhir pada Surah al-Nasr yang menceritakan kemenangan usaha dakwah Rasulullah yang terang dan nyata.

Lenggokan dan lantunan butir bicara hikmah Tuan Guru sungguh mengasyikkan, apabila kita membaca baris-baris cerita Rasulullah yang mulia. Susunan huraian setiap ayat di dalam surah-surah i ni melancarkan aliran kefahaman kita terhadap makna-makna perkataan yang kelas terpancar daripada lautan ilmu Tuan Guru yang dalam.

Status : In Stock
Retail Price : RM35.00
Now Offer : RM35.00

ISBN:
9789671771235
Category:
Tafsir Al-Quran
Format:
KULIT TEBAL
Publication Date:
2020
Publisher :
PERTUBUHAN ALIM RABBANI
Pages:
148
Dimensions (mm):
160 x 236 x 13
Weight:
0.38

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1