LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Novel Suara Hati Publication
 



this with your friends
Cinta Menemukan Kita #
by author DHILA ASYFA, ,

"Sebelum sambung tugasan awak. Kena ingat, yang awak hanya pelajar latihan industri di sini. Dan saya, supervisor awak. Jangan berangan lebih-lebih. Hubungan kita hanya majikan dan pekerja. Ingat tu." - Haedar

Amaran itu menjadi sempadan antara dirinya dan lelaki berkenaan. Anggaran Norul Najeeha, dia akan menjalani tempoh praktikalnya dengan tenang dan aman. Entah kenapa lelaki yang bernama Haedar Akil seperti membenci kehadirannya.

"Jodoh ini semua bukan terletak di tangan kita, jadi jangan fikir bukan-bukan. Kalau dah memang jodoh kamu berdua, terima. Kalau bukan jodoh juga, kena terima. Nak tak nak kita kena percaya dengan qada' dan qadar." - Angah

Memahami nasihat itu, Najeeha stekad mungkin menerima ikatan takdir yang telah tertulis buatnya dengan Syahrel. Perhubungan yang direstui keluarga benar-benar membuka ruang hati untuk Najeeha belajar menerima kehadiran lelaki itu.

Apabila semua perancangan yang telah diatur dari awal musnah sebegitu sahaja, najeeha bersendirian menjeruk rasa. Tatkala dia merasakan semua kekhilafan disebabkan kelemahannya sendiri, perilaku Haedar menjentik tangkai perasaan.

"Jeeha, saya ada jika awak perlukan apa-apa. Saya tetap ada untuk awak." - Haedar

perjalanan mengukir bahagia tak akan tampak indah tanpa dilanda ombak dan ranjau berduri.

"Awak kena fikir baik-baik Haedar. Silap keputusan pasti ada hati yang terluka nanti." - Najeeha

"Kalau salah, yang pasti terluka itu hati saya." - Haedar

Mampukah Najeeha mempertahankan semua yang telah dikecapi tanpa mengorbankan perasaan sesiapa? Dapatkah haedar melindungi cinta hatinya daripada terus disakiti lagi? Atau masihkah ada ruang untuk Syahrel kembali meraih bahagia bersama Najeeha?

Status : In Stock
Retail Price : RM26.00
Now Offer : RM26.00

ISBN:
9789672300113
Category:
Suara Hati Publication
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2019
Publisher :
SUARA HATI PUBLICATION
Pages:
535
Dimensions (mm):
115 x 185 x 24
Weight:
0.44

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1