
|
Membongkar Misteri Pembinaan Piramid Teori Alien & Banjir Besar Nabi Nuh <>
by author SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM,
,
Misteri siapakah yang membina piramid masih menjadi perdebatan para sejarawan dan ahli arkeologi walaupun pelbagai penggalian dan kajian telah dijalankan oleh pelbagai pertubuhan, universiti dan pakar-pakar perseorangan. Menyelusuri misteri bagaimana piramid dibina memang menarik. Persoalan itu didasari pada beratnya pekerjaan membawa bebatuan di gurun, dan minimumnya teknologi pembantunya. Batu yang diperlukan juga dalam jumlah yang besar, sementara alat canggih untuk mengangkutnya melewati gurun pasir belum ada pada zaman Mesir Purba. Dari berbagai penelitian sebelumnya, para ahli arkeologi telah lama mengetahui bahawa bebatuan tersebut dibawa sejauh lapan batu dari Giza ke sebuah tempat yang bernama Tura. Sementara bahan granit digali dari jarak lebih dari 500 batu. Adapun cara bagaimana bahan-bahan ini diangkut, masih menjadi perdebatan dalam kalangan ilmuwan.
Sebuah pasukan pengkajian dari French Institute for Oriental Archaeology di Kaherah dan Universiti Liverpool, England, telah menemui bukti yang dapat menjadi titik terang mengenai pembinaan piramid. Kenyataan dari Kementerian Kepurbakalaan Mesir mengungkapkan bahawa arkeologi menemui sisa-sisa dari sistem unik yang digunakan untuk para ahli mengangkut dan memindahkan bongkah batu dari lombong batu pualam bernama Hatnub yang berada di gurun bahagian timur.
Bukti baru yang ditemui para ahli arkeologi memperlihatkan, orang zaman Mesir Purba mengangkut lebih dari 170,000 tan batu kapur untuk membina Piramid Agung, menggunakan perahu yang dibuat khusus. Maklumat tentang pembinaan piramid juga terungkap dari gulungan kertas papirus purba, berbagai potongan bekas badan perahu dan jaringan saluran air di lokasi piramid. Hasil penelitian mengungkapkan bagaimana binaan berusia lebih dari 4,000 tahun ini dibina pada 2550 Sebelum Masehi.
Tidak dinafikan lagi, penemuan ini dapat memberikan wawasan tentang misteribagaimana bongkah batu kapur besar, yang membentuk sebahagian besar piramid, akhirnya ditarik untuk pembinaan piramid tersebut. Para ahli arkeologi meyakini ada ribuan pekerja terlatih yang menggunakan perahu untuk menyusuri terusan yang digali sepanjang Sungai Nil. Pelayaran ini bertujuan mengangkut batu kapur. Perahuperahu ini disatukan oleh tali tebal yang dipilin. Beberapa di antaranya masih dalam keadaan baik sewaktu ditemui. Setelah mengumpulkan bahan-bahan binaan tersebut, para pekerja membawanya ke sebuah pelabuhan yang berjarak beberapa meter dari dasar piramid. Keseluruhan, ada sekitar 2.3 juta bongkah batuan dikirimkan dengan cara ini selama dua dekad.
|
Status : In Stock
Retail Price : RM37.90
Now Offer : RM37.90
ISBN:
9789672278269
Category:
Umum
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2020
Publisher :
HR PUBLISHING
Pages:
250
Dimensions (mm):
14.5 x 21 x 13
Weight:
0.46
|