LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Novel Karya Publika
 



this with your friends
Hati Terikat Takdir #
by author GEE AZEEZ, ,

“Saya memang suka bunga tapi tak suka dapat bunga daripada lelaki hidung belang macam Encik Danial,” bidas Azzalea sambil bercekak pinggang di depan Putera Fahad. Putera Fahad meraba-raba batang hidungnya sendiri. Riak wajahnya menunjukkan yang dia sedang memikirkan sesuatu.

“Hidung saya berbelang macam kuda belang ke?” soal Putera Fahad yang tak masuk dek akal. Azzalea mencerun tajam pada lelaki itu. Dia tahu yang lelaki itu sedang cuba untuk membuat lawak bodoh. Azzalea menarik nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan-lahan. Sakit pula hatinya melihat wajah Putera Fahad ketika itu. Kenapa dia ni annoying sangat? Omel Azzalea dalam hati.

“Kenapa Encik Danial bazirkan duit bagi saya bunga tu?”
“Ada dua sebab. Pertama, sebab awak cantik macam bunga ni dan keduanya adalah sebab saya nak balik KL dah esok. So, bunga tu sebagai hadiah saya pada Cik Lea yang menjaga kami bertiga dengan baik sekali sepanjang beberapa hari kami berada di sini,” balas Putera Fahad sambil mengukir senyuman manis di wajah. Lama Azzalea merenung senyuman itu. Baru dia perasan sesuatu mengenai senyuman itu. Senyuman itu macam biasa dilihatnya tapi di mana ya?

“Alhamdulillah,” laju sahaja kata-kata itu meluncur keluar dari mulut Azzalea tanpa sedar. Putera Fahad tersentak.
“Apa yang alhamdulillahnya, Cik Lea?” Putera Fahad merenung tajam ke anak mata hitam Azzalea. Azzalea tersengih sehingga menampakkan barisan giginya yang putih itu.
“Syukur kepada Allah sebab Encik Danial dan nak beredar dari teratak ni. Kehadiran Encik Danial ke teratak ni cukup merimaskan saya,” ujar Azzalea berbaur sindiran. Putera Fahad ketap bibir.
“Saya hanya akan beredar dari teratak ni aje bukannya beredar dari hati Cik Lea,” balas Putera Fahad selamba. Azzalea mencebik bibir. Geli pula aku dengar kata-kata kau tu. Kuat perasan betullah kau ni, gumam hati Azzalea.

“Kuat perasanlah Encik Danial. Encik Danial tak pernah masuk dalam hati saya. So, tak perlulah nak bagi ayat-ayat manis macam tu. Saya tak makan ayat manis Encik Danial. Saya meluat sangat dengar ayat-ayat manis yang keluar dari mulut Encik Danial,” bidas Azzalea berani. Putera Fahad melakar senyuman lagi.

“Cik Lea jangan nak jual mahal sangat sebab perihal takdir tiada siapa yang tahu. Entah-entah, takdir Cik Lea dan takdir saya terikat,” balas Putera Fahad seraya mengenyit mata sebelum mengangkat beredar dari taman itu tanpa pamit. Terkebil-kebil Azzalea seorang diri di situ. Otaknya sedang mencerna kata-kata yang keluar dari mulut Putera Fahad sebentar tadi.
“Takdir aku dan takdir kau tak mungkin akan jadi satu. Kau lain dan aku lain,” omel Azzalea pada dirinya sendiri. Lantas, jambangan bunga yang ditinggalkan oleh Putera Fahad di atas kerusi konkrit itu dicampakkan ke dalam tong sampah hitam yang terletak di laluan kaki lima teratak itu.

Status : In Stock
Retail Price : RM28.90
Now Offer : RM28.90

ISBN:
9789672394020
Category:
Karya Publika
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2020
Publisher :
KARYA PUBLIKA
Pages:
490
Dimensions (mm):
115 x 184 x 23
Weight:
0.43

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1