LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Umum Umum
 



this with your friends
Membongkar Misteri Tamadun Dunia Yang Hilang #
by author SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM, ,

Menurut Ibnu Khaldun, tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandara atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah 'culture and civilization' atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan 'civilization' dalam bahasa Inggeris berasal dari bahasa Greek 'civitas' yang bermaksud bandar. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah tamadun banyak digunakan dalam penulisan tamadun Islam.

Sejarah sudah mencatatkan bahawa banyak tamadun di dunia ini yang sudah lenyap ditelan zaman. Ada di antaranya tidak langsung meninggalkan sebarang kesan sejarah, tidak ditemui sebarang artifak tinggalan malah dilupakan begitu saja. Namun begitu ada juga tamadun yang hilang tetapi masih dapat dihayati kewujudannya melalui pelbagai artifak tinggalan hasil dari penggalian pakar-pakar arkeologi.

Antara tamadun yang sudah hilang ditelan zaman ialah tamadun Olmek, tamadun Aztek, tamadun Elam, tamadun Viking, tamadun Mesopotamia, tamadun Atlantis, tamadun Lemuria dan beberapa tamadun lagi yang suatu ketika dulu pernah menceriakan kegemilangan dunia. Di dalam buku ini dipaparkan beberapa tamadun yang dirasakan menarik untuk dihayati dan diteladani kisah-kisahnya. Kesemua tamadun yang dipaparkan dalam buku ini sudahpun lenyap ditelan zaman. Bukti-bukti arkeologi dan catatan-catatan bersejarah yang ditemui oleh pengkaji telah mengungkapkan pelbagai maklumat menarik termasuk misteri dan persoalan yang sehingga kini belum dapat dijawab untuk tatapan kita bersama.

Status : Out of Stock
Retail Price : RM37.90
Now Offer : RM37.90

ISBN:
9789675391965
Category:
Umum
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2019
Publisher :
HR PUBLISHING
Pages:
269
Dimensions (mm):
146 x 208 x 15
Weight:
0.55

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1