LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Motivasi Lain Lain
 



this with your friends
Bila Allah Menduga Kita **
by author SYED ALWI ALATAS, ,

Pernahkah anda menghadapi masalah dalam hidup? Sudah tentu pernah, bukan? Tidak ada seorang pun yang terkecuali daripada menghadapi masalah dalam hidupnya. Adakah sesiapa antara kita yang sepanjang hidupnya tidak pernah menghadapi masalah?

Adakah anda pernah menghadapi ujian yang sangat sukar dalam hidup anda? Mengapa ujian serta masalah yang sukar mesti menimpa kehidupan kita? Bagaimanakah caranya untuk kita tetap bertahan dalam menghadapi situasi seperti itu?

Kita sering mengeluh dan marah apabila ada kejadian menyakitkan yang menimpa diri kita. Betapa kita enggan menerima dugaan yang datang, sedangkan nikmat yang ada jauh lebih banyak. secara Sedar atau tidak, kita sering berprasangka buruk terhadap Allah SWT kerana kesukaran yang kita alami. Namun, adakah sikap ini memberi kebaikan kepada kita dan membuat keadaan kita menjadi lebih baik?

Maka, bukanlah masalah yang menjadi persoalannya, tetapi sikap kita dalam menghadapinya. Buku 'Bila Allah Menduga Kita' menjelaskan secara terperinci apakah jalan penyelesaian yang diberikan oleh Islam terhadap masalah hidup. Ada banyak pelajaran yang akan membuat kita bahagia dan membantu kita meraih keuntungan dalam kehidupan ini.

Jangan berhenti membaca, sebaliknya fahamilah dengan baik dan amalkan apa yang akan anda pelajari dalam buku ini. Mudah-mudahan kita semua dapat mengatasi pelbagai dugaan dalam hidup kita.

Status : Out of Stock
Retail Price : RM26.00
Now Offer : RM26.00

ISBN:
9789672038436
Category:
Lain Lain
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2017
Publisher :
MUSTREAD
Pages:
265
Dimensions (mm):
139 x 190 x15
Weight:
0.40

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1