LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Ibadah
 



this with your friends
Amalan Ringan Dengan Fadilat Hebat #
by author SYAIFUL BAHRI, ,

Amalan-amalan ringan yang disusun di dalam buku ini termasuk solat fardu, solat-solat sunat, bacaan ayat-ayat Al-Quran, Asmaul Husna, bersedekah, berbuat ihsan serta menjalinkan hubungarL silaturrahim yang sememangnya mengandungi fadilat hebat yang tersendiri.

Sembahyang fardu 5 waktu merupakan salah satu dari rukun Islam yang dituntut bagi semua Muslimin dan Muslimat. Jika seorang Muslim meninggalkan amalan wajib ini, maka robohlah salah satu tiang rukun Islam daripadanya. Manakala solat sunat pula sangat baik diamalkan serta amat dituntut sebagai ibadah tambahan yang boleh menampung kekurangan yang ada pada solat fardu kita. Solat-solat sunat yang disusun di dalam buku ini adalah antara solat-solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya sepanjang hayat mereka bahkan Rasulullah SAW menggalakkan umatnya mengamalkan solat-solat sunat tersebut. Hukum serta fadilat solat fardu serta solat-solat sunat dikupas dengan penerangan yang jelas dan terperinci oleh penulis untuk manfaat pembaca.

Tidak kurang juga dengan bacaan selawat, Asmaul Husna, surah-surah Al-Quran, berbuat ihsan serta bersedekah yang disusun kemas di dalam buku ini juga mempunyai kehebatan dan fadilat hebat yang tersendiri. Umum mengetahui, amalan-amalan yang disebutkan di atas mempunyai keistimewaan, fadilat serta dapat memberi ganjaran kepada pengamal atau pelakunya. Namun, keistimewaan dan ganjaran yang bagaimana? Semua jawapan bakal terungkai di dalam buku ini. Mudah-mudahan pengisian ini dapat dijadikan manfaat bersama. Insya-Allah.

Status : In Stock
Retail Price : RM15.00
Now Offer : RM15.00

ISBN:
9789674391713
Category:
Ibadah
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2015
Publisher :
AL-HIDAYAH
Pages:
190
Dimensions (mm):
140 x 204 x 9
Weight:
0.30

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1