LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Hobi/Kemahiran Hobi/Penternakan
 



this with your friends
Amfibia Sabah **
by author PAUL YAMBUN IMBUN, ,

Buku AMFIBIA SABAH merupakan satu-satunya buku yang memberikan gambaran secara komprehensif tentang keunikan amfibia yang terdapat di Sabah dan memuatkan hampir kesemua spesies amfibia di negeri di bawah bayu ini. Fauna amfibia, yang sinonim dengan haiwan katak, kurang diberikan tumpuan berbanding dengan hidupan megafauna yang lain, seperti gajah dan badak. Masyarakat umumnya lebih mengenali haiwan mamalia berbanding dengan katak dan tidak banyak penyelidik tempatan yang pakar dalam bidang herpetofauna. Sumber-sumber bacaan mengenainya lebih menjurus kepada penyelidikan saintifik dan sukar difahami individu yang bukan pakar dalam bidang tersebut. Oleh itu, buku ini ditulis dengan cara yang mudah difahami supaya dapat dihayati oleh semua golongan masyarakat, terutamanya para pelajar. Teks yang dikomplemenkan dengan gambar-gambar spesies amfibia membolehkan pembaca mengenali haiwan tersebut dengan lebih mudah lagi.

Buku ini boleh dijadikan rujukan oleh golongan amatur atau profesional yang terlibat dalam bidang akademik dan penyelidikan. Diharapkan buku ini akan membawa kepada kesedaran awam mengenai kepentingan dan keunikan amfibia di sekeliling kita.

Status : Out of Stock
Retail Price : RM35.00
Now Offer : RM35.00

ISBN:
9789834607159
Category:
Hobi/Penternakan
Format:
KULIT TEBAL
Publication Date:
2014
Publisher :
DBP
Pages:
194
Dimensions (mm):
173 x 248 x 18
Weight:
0.75

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1