LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Soal Jawab
 



this with your friends
Menjawab Tuduhan Paderi Kristian Terhadap Al-Quran <>
by author PROF. MADYA DR. BASRI BIN IBRAHIM AL-HASANI AL-AZH, ,

Sesungguhnya Islam adalah agama yang benar, lurus dan suci yang menjadi panduan hidup manusia di dunia ini. Islam adalah satu-satunya agama yang diterima oleh Allah SWT sebagai pegangan hidup manusia semasa di dunia, yang seterusnya akan menentukan untung nasib mereka di akhirat nanti, tidak kira bangsa, suku kaum dan warna kulit. Dalam perjuangan Islam membebaskan manusia daripada perhambaan dan penyembahan daripada selain Allah seperti menyembah berhala, mengagungkan ideologi sesat dan menyembah makhluk seperti manusia, bulan, bintang dan unsur-unsur alam; kepada menyembah Allah SWT, Tuhan yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan tanpa sebarang perantaraan. Maka Islam telah menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan daripada pelbagai pihak yang mahu mencemuh, menghina dan menyeleweng fakta-fakta murni berkaitan Islam, supaya ajaran Islam tampak buruk, hodoh dan kotor seperti tuduhan yang dilemparkan oleh puak musyrikin Quraisy di zaman awal Islam, diikuti oleh golongan munafiqin dan murtad selepasnya.

Kemunculan golongan yang terus memburuk-burukkan Islam terus berkembang hinggalah sekarang ini yang didalangi oleh golongan Yahudi, Kristian, orientalis bahkan ada juga di kalangan orang Islam sendiri yang turut terpengaruh dan menyebarkan fahaman sesat dan songsang ini dengan berselindung di sebalik nama kebajikan dan sebagainya.

Buku ini membentangkan tuduhan-tuduhan liar seorang paderi Kristian bernama Fedy terhadap agama Islam. Lebih menarik lagi buku ini mematahkan tuduhan-tuduhan liar tersebut secara ilmiah dan menarik. Tuduhan yang bertujuan menyelewengkan dan memesongkan kebenaran dan kesucian Islam ini berkaitan dengan aspek sejarah, geografi, akhlak, persoalan ketuhanan, perundangan, sosial, fakta-fakta sains dan ilmiah, peribadi dan kehidupan Rasulullah SAW termasuk juga isi kandungan Al-Quran Al-Karim Moga para pembaca mendapat manfaat daripada buku yang amat berharga dan padat ini dalam memahami fakta-fakta berkaitan Islam yang telah dipesong dan diselewengkan oleh paderi ini, dan seterusnya menyebarkan kefahaman yang betul kepada golongan yang telah terpengaruh dengan penyelewengan ini. Moga kita semua mendapat petunjuk dan keredhaan daripada-Nya.

Status : Out of Stock
Retail Price : RM34.00
Now Offer : RM34.00

ISBN:
9789670267692
Category:
Soal Jawab
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2012
Publisher :
AL-HIDAYAH
Pages:
448
Dimensions (mm):
178 x 255 x 23
Weight:
0.85

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1