LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Hobi/Kemahiran Agrikultur
 



this with your friends
Mata Naga **
by author MAHANI AMAT@HALIMI, ,

Buah mata naga merupakan salah satu daripada buah-buahan yang mula menapak di dalam pemakanan penduduk di negara ini. Penanaman buah mata naga di Malaysia masih baharu dan permintaan yang tinggi melebih penawaran menyebabkan pengusaha sedia ada tidak mampu untuk mengatasi permintaan pasaran dan ini memerlukan usahawan tani baharu bagi mengatasi masalah ini. Justeru, buku ini dihasilkan untuk membantu dari segi berkongsi ilmu pengetahuan mengenai cara penanaman dan penjagaan tanaman mata naga ini seara berkesan. Harapan kami, agar dengan terbitnya buku ini, ia akan dapat memberikan manfaat kepada orang ramai dan bakal usahawan yang mempunyai semangat untuk menceburi bidang tanaman ini. Buku ini juga akan memperkenalkan teknik penanaman dan pengurusan tanaman mata naga dengan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami. Gambar yang dimuatkan di dalam buku ini akan dapat membantu dalam pemahaman, bukan sahaja dalam kalangan mereka yang biasa dengan pertanian malah untuk yang tidak mempunyai latar belakang pertanian. Khasiat pemakanan dan kesihatan yang terkandung di dalam buah mata naga ini juga dimuatkan supaya pembaca dapat mengetahui keistimewaan dan produk hiliran yang boleh dihasilkan melalui tanamna mata naga untuk dikomersialkan. Buah mata naga merupakan tanaman yang mudah ditanam sekiranya kita mengetahui cara penanamannya yang betul. Oleh itu, dengan terbitnya buku ini, adalah diharapkan penanaman buah mata naga ini akan menjadi lebih meluas lagi bukan sahaja untuk mengeluaran secara besar-besaran tetapi juga sebagai hobi untuk ditanam di tepi rumah.

Status : Out of Stock
Retail Price : RM18.00
Now Offer : RM18.00

ISBN:
9789836297952
Category:
Agrikultur
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2007
Publisher :
DBP
Pages:
74
Dimensions (mm):

Weight:
0.35

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1